Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh J Lo menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya semalam.
J Lo telah memuat naik foto yang merakamkan sebentuk cincin berlian tersarung di jari manisnya beserta kapsyen dengan menggunakan emoticon love.
Alex juga turut berkongsi foto yang sama di akaun Instagramnya dengan kapsyen ringkas “she said yes.”
Dalam pada itu, ruangan komen Instagram pasangan berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat mereka.
Terdahulu, ketika sambutan hari jadi pada Julai tahun lalu, J Lo ada mengenakan sebentuk cincin berlian yang dianggap cincin pertunangannya namun ia hanya pemberian dari Alex ketika hari kekasih.
Foto: Instagram @jlo / @arod / @entertainmenttonight