Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menerima lamaran bekas pengacara program hiburan HLive!, Nabil Mahir, 32.

Selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan, Nabil melamar pelantun lagu Pencuri Hati itu sempena hari kelahiran Ayda ke-28 yang disambut semalam (17 Mac).

Nabil berkongsi berita terbabit menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya.

"She said yes!" tulis Nabil yang memuat naik foto dirinya bersama Ayda yang menayangkan cincin.

She said Yes!! ?? #wuvvwaff #lockyouforever

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on


Sementara itu, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat turut berkongsi perkhabaran gembira itu dan memuat naik fotonya bersama Nabil.

"Hadiah hari lahir terbaik. I said yes," tulis Ayda di ruangan kapsyen.

?? . The best birthday gift ever. I said YES. ? . #HeLockMeForever #AydaJebat #NabilMahir #BilAydaJatuhCinta

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on


Di ruangan komen, rakan-rakan artis serta peminat mengucapkan tahniah kepada Ayda dan Nabil.

Sebelum ini, Nabil mengakui dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan Ayda dan dalam proses mengenali hati budi penyanyi lagu Temberang.

BACA: Mengaku Bercinta, Nabil Mahir & Ayda Jebat Dah Bertemu Keluarga Masing-Masing

Nabil dan Ayda juga mengakui sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing.

Saksikan karya yang pernah dibintangi oleh Ayda di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!