Sheera Iskandar Tamat Status Janda

Fiza Kamarudin
Mei 4, 2021 04:20 MYT

Dengan sekali lafaz, bintang Gerak Khas, Sheera Iskandar menamatkan status janda apabila sah bergelar isteri kepada Mohd Halim Abdul Gani.

Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar dan Mohd Halim berlangsung kira-kira jam 6 petang semalam (Isnin) di Magica, Quill Mall, Kuala Lumpur.
Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya 70 tetamu termasuk ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pada majlis itu, Halim menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.
Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.

Foto: IG @meeraffandymua

#Gerak Khas #Tamat Zaman Janda #Sheera Iskandar Kahwin