Sheikh Adam & Sheikh Noah Nama Pilihan Anak Kembar Dr. Sheikh Muszaphar

Mya Amri
Ogos 15, 2017 04:35 MYT
Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor memilih nama yang cukup cantik kepada anak kembanya iaitu Sheikh Adam & Sheikh Noah yang lahir pada 27 Julai lalu.
Nama tersebut didedahkan oleh Dr.Sheikh menerusi akaun Instagram(IG)nya baru-baru ini.
“Terima kasih kepada nama-nama indah yang diberikan. Kami mengambil keputusan untuk menamakan anak kembar kami Sheikh Adam & Sheikh Noah,” tulisnya.
Entri itu juga disertakan dengan foto merakamkan bahagian pergelangan kaki bayi kembarnya yang memakai gelang kain beserta tag nama Adam dan Noah.
Dalam pada itu, Dr. Sheikh juga turut berkongsi beberapa gelagat comel kedua-dua anak perempuannya, Sophea Isabella dan Sophea Natasha menjaga bayi kembar itu.
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Angkasawan Negara #Dr. Sheikh Muszaphar