Sheikh Muszaphar Dedah Nama Bayi Kembar, Pilih Nama Sheikh Eusoff & Sophea Emelia, Cantiknya!
ZULHILMI JALIL
27/11/2020 09:45 MYT
27/11/2020 09:45 MYT
Selepas tujuh hari kelahiran, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi nama pasangan anak kembar keduanya hari ini.
Sheikh Muszaphar memilih untuk meletakkan nama Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia buat anak kelima dan keenamnya itu.
"Eusoff dan Emelia merupakan nama yang diberikan untuk anak kembar kami.
"Kami memilih untuk menggunakan awalan E & E. Namanya akan jadi Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Sheikh Muszaphar turut menjelaskan pemilihan awal huruf E itu yang memberi konotasi beberapa perkataan daripada bahasa Inggeris.
"Enchanting (mempersonakan), Excitement (keseronokan), Empathetic (berempati), Ebullient (riang), Effervescent (bersemangat), Efficacious (mujarab), Embellish (menghiasi), Emancipate (bebas), Endearing (menawan), Enrapture (memikat)," kongsinya.
Pada masa sama, Dr. Sheikh turut memanjatkan doa agar kedua-dua anaknya itu akan membesar menjadi seorang soleh dan solehah selain berbakti kepada semua insan.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar menimang cahaya mata kelima dan keenamnya selepas isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos selamat melahirkan kembar kedua mereka pada 20 November lalu.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.