Laman Utama

Sheila On 7 Ganti The 1975 Di Festival, Duta: “Perkenalkan Kami Sheila On Fuc**ng 75”

Maliah Surip
24/07/2023
05:41 MYT
Penganjur festival muzik We The Fest 2023 tidak menghampakan pengunjung selepas membatalkan penampilan band yang menonjolkan perlakuan biadab mereka sewaktu membuat persembahan di Malaysia, The 1975.
Sebagai ganti, penganjur membuat kejutan apabila membawakan salah satu band tersohor Indonesia, Sheila On 7 sebagai headliners dan menutup festival tersebut.
Meski menjadi penghibur pada saat akhir, Sheila On 7 tetap menghiburkan pengunjung dengan baik.
Vokalisnya, Duta malah sempat berseloroh saat memperkenalkan diri mereka.
“Selamat malam We The Fest 2023. Teman-teman sihat semuanya? Perkenalkan kami Sheila On fuc*ing 75,” katanya sambil disambut riuh pengunjung seperti dilaporkan Kompas.
Kumpulan yang berasal daripada Jogjakarta itu kemudian menghiburkan pengunjung dalam slot kosong The 1975 selama 45 minit. Antara lagu yang didendangkan adalah Kita, Hari Bersamamu dan Dan.
Kehadiran Sheila On 7 juga mendapat reaksi positif dalam kalangan pengunjung.
Terdahulu penganjur membatalkan penampilan The 1975 selepas vokalisnya, Matty Healy mengutuk undang-undang kerajaan Malaysia dengan isu LGBT, bercium sesama jenis di atas pentas dan beberapa hal jelik yang lain.
Selain Indonesia, persembahan The 1975 di Taipei, Taiwan juga dibatalkan susulan kontroversi tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Viral

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

gempak
04/07/2024
15:57 MYT
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024.
Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
04/07/2024
14:50 MYT
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.