HIBURAN
Sheila On 7 Nyanyi, Tetamu Resepsi Luna Maya & Maxime Dapat Mesin Kopi
Luna Maya dan suami, Maxime Bouttier akhirnya melaksanakan majlis resepsi mereka di Jakarta selepas menikah di Bali, Indonesia pada Mei lalu.
Resepsi yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka pada 30 Julai itu dihadiri sekitar 800 jemputan yang terdiri dalam kalangan rakan industri, klien dan sahabat mereka.
Hal yang membuat Luna teruja salah satunya kerana berjaya mewujudkan impian masa kecil suaminya dengan menghadirkan band terkenal Indonesia, Sheila on 7 sebagai penghibur di resepsinya.
Menurut Luna pada awalnya dia berdepan kesulitan untuk mendapatkan Sheila on 7 membuat persembahan di resepsi mereka kerana jadual kumpulan tersebut yang sangat padat.
“Saya sempat bertemu Adam dan Eross memujuk mereka tolonglah bermain di resepsi ini. Saya mahu beri kejutan buat Maxime. Saya kata saya nikah hanya sekali. Dan akhirnya ia terjadi. Saya sangat gembira,” kata Luna.
Kehadiran Sheila on 7 adalah berkat kerjasama darioada salah satu klien yang menjadi penaja resepsi Luna dan Maxime yang berjaya mendapatkan kumpulan dari Jogjakarta itu membuat persembahan. Ia disifatkan sebagai hadiah buat mereka.
Selain itu Luna dan Maxime mengucapkan terima kasih kepada penaja lainnya kerana telah merealisasikan gurauan mereka untuk memberi mesin kopi seberat 3 kilo gram kepada setiap tetamu yang hadir.
“Saya hampir pengsan apabila mengetahui penaja bersetuju beri mesin kopi kepada tetamu.
“Sebenarnya idea itu lahir secara bergurau. Saya kata ‘buat apa kopi? Kita beri mesin kopi’… ternyata direalisasikan. Terima kasih kepada semua dan kasihan tetamu bawa pulang hadiah yang berat,” katanya.
Selain mesin kopi difahamkan tetamu resepsi tersebut juga membawa pulang pelbagai cenderamata mewah termasuk produk kecantikan.

“Ini (bawa Sheila on 7) adalah impian masa kecil saya,” ujar Maxime seperti dilaporkan Kompas.