HIBURAN
Sheila Majid Luah Rasa Syukur, Kayda Selamat Bertunang - “Alhamdulillah, Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan”
Penyanyi, Datuk Sheila Majid, 60, meluahkan rasa syukur selepas anak perempuannya, Kayda Aziz selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Syafiq.
Syukur anak dah bertunang
Sheila berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya pada Ahad.
Menurut Sheila, dia bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan mendoakan agar urusan ke peringkat seterusnya dipermudahkan.
Antaranya Anuar Zain, Che Puan Sarimah, Noryn Aziz, Ning Baizura dan Ella.
Untuk into, Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Roslan Aziz.
Sheila dan Roslan mendirikan rumah tangga pada 1989 namun jodoh mereka tidak panjang dan mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2000.
Sheila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan komposer, Acis pada tahun 2003.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.