Sheila Rusly Menangis Sampai Merah Muka Kerana Saharul Ridzwan... Dah Kenapa Tu?

Kamaruddin Razal
Disember 20, 2018 05:03 MYT
Air mata pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly tumpah kerana pelakon Saharul Ridzwan.
Semuanya kerana tindakan Saharul yang ikhlas mendoakan kesejahteraan Sheila bersama suaminya, pengarah Azman Yahya atau Jinggo di hadapan Kaabah.
Saharul kini sedang menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah bersama isteri dan anaknya.
Menerusi laman Instagram, Jinggo berkongsi momen Sheila yang menangis terharu dengan tindakan Saharul.
Sementara itu, Sheila turut berkongsi doa yang dibacakan Saharul di hadapan Kaabah.
Saharul pernah menempa populariti menerusi drama bersiri terbitan Sheila dan Jinggo, Kau Aku Kita yang bersiaran pada tahun 2015.
Menerusi drama terbabit, Saharul bergandingan dengan aktres Janna Nick.
Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Saharul, Selafaz Cinta kini sedang hangat ditayangkan.
Selain Saharul, drama terbabit turut menampilkan lakonan Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Rizz Amin, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.
Selafaz Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
#Saharul Ridzwan #Sheila Rusly