Shenina Cinnamon Mudah Menjiwai Watak Laras Dalam ‘Dear David’ - “Saya Pernah Berada Dalam Kedudukan…”
Asyikin Mayudin
11/02/2023 09:55 MYT
11/02/2023 09:55 MYT
Membintangi filem Dear David, pelakon Indonesia Shenina Cinnamon mengakui perjalanan hidupnya membuatkan dia mudah untuk menjiwai watak sebagai Laras.
Pernah berada dalam fasa mencari diri sendiri, Shenina memberitahu setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menjiwai watak yang diberikan.
“Saya pernah melalui fasa itu… saya pernah berada dalam kedudukan mencari identiti saya sendiri dan penerimaan diri saya sebagai Shenina. Itu yang saya terjemahkan ke dalam watak.
“Sebab saya percaya setiap orang mempunyai cara mereka sendiri dan sebenarnya untuk watak Laras kita sudah pun diberi butiran tentang watak. Ia sudah ditulis dalam skrip, jadi saya hanya meletakkannya ke dalam Shenina dan melepaskannya sebagai Laras.
“Ia campuran antara apa yang sudah ditulis dengan kehidupan sebenar saya sebagai Shenina dengan apa yang saya telah lalui.
“Jadi saya boleh mengatakan bahawa ia kurang usaha untuk saya kerana saya pernah berada dalam kedudukan itu… itulah hakikatnya,” kata Shenina.
Filem siri original Netflix Indonesia ini yang sudah mula ditayangkan pada 9 Februari turut dibintangi oleh Emir Mahira dan Caitlin North Lewis.
Filem arahan pengarah Lucky Kuswandi itu mengisahkan tentang Laras (Shenina Cinnamon), pelajar sekolah menengah dan biasiswa cemerlang.
Laras yang menyimpan blog rahsia yang penuh dengan fantasi tentang cinta sekolah menengahnya, bintang bola sepak David (Emir Mahira).
Dunianya menjadi terbalik apabila blognya terbongkar sehingga membahayakan reputasi dan masa depannya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.