Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sherie Merlis Kesal Dengan Berita Dia Meninggal Dunia - "Ia Bukan Sekadar Buat Keluarga Dukacita & Terkejut Malah..."

Syafiqah Jalal
02/04/2023 02:59 MYT
Pelakon Sherie Merlis kesal apabila sebuah laman blog menulis berita mengesahkan dia sudah meninggal dunia tanpa rasa bersalah dan tidak bertanggungjawab.

Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaaan.

" Berita ini bukan sekadar mendatangkan dukacita dan terkejut buat family kerana jika sahih kabar ini , sudah semestinya ahli keluarga rapat iaitu adik beradik saya serta anak-anak saya lah yang akan terlebih tahu hal ini," tegasnya.

Sherie meluah rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pemilik blog berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Kata Sherie sepatutnya pihak berkenaan pastikan kesahihan berita sensitif itu sebelum menyiarkannya.

"Pihak yang mengeluarkan berita atau kenyataan “ Sherie Merlis Meninggal dunia..” tanpa ada rasa bertanggungjawab untuk pastikan kesahihan dan butiran hal tersebut .

"Apabila perkara yang penting dan sesensitif ini mereka kendalikan tanpa adab ..lalu, tanpa mereka sedar, ia jelas memperlihatkan tiadanya ilmu mereka berkaitan hal ini..," tegasnya.

Justeru, Sherie meminta agar semua pihak berhenti menghubungi pihak keluarganya mengenai hal yang tidak benar itu.

"Saya mewakili pihak family , mohon sangat agar mana-mana pihak ,berhenti menghubungi saya dan ahli keluarga untuk bertanya tentang hal ni, buat sementara waktu. Dan terima kasih kerana memahami," pintanya.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut meminta agar Sherie mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

"Saman," kata salah seor
#Meninggal Dunia #Berita #Kesal #Sherie Merlis
;