#Sheriff: Filem Belum Tayang Tapi Syafiq Yusof Selamba Dedah Identiti Meth Killer, Ini Sebabnya

Mya Amri
April 14, 2024 05:55 MYT
Naskhah terbaharu arahan Syafiq Yusof iaitu Sheriff: Narko Integriti menjadi antara filem yang paling dinantikan oleh penonton.
Walaupun Sheriff belum ditayangkan namun Syafiq memilih untuk mendedahkan identiti watak antagonis iaitu Meth Killer di dalam trailer filem itu.
Terkenal sebagai seorang pengarah yang gemar melakukan plot twist dalam filem arahannya, Syafiq bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri selepas membuat pendedahan tentang Meth Killer.

Cuba konsep baru dan eksperimen

Menerusi perkongsian di platform X, Syafiq menjelaskan dia sedang cuba melakukan konsep baharu sambil melakukan eksperimentasi filem tersebut.
“Terima Kasih kepada semua yang sudah menonton trailer filem #Sheriff. Saya memang sudah jangka, ramai akan marah kenapa saya reveal Identiti Meth Killer awal-awak lagi dalam trailer.
“Kenapa keseluruhan plot sudah terpampang di dalam trailer? Kelihatan sebegitu tetapi sebenarnya tidak.
“Filem ini tidak menggunakan konsep ‘Whodunnit’ yang selalu kita tonton dalam filem genre misteri.
Filem ini berkonsepkan ‘Reverse Whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘Howcatchem’.
“Penonton sudah tahu siapa pembunuh, tapi bagaimana dia akan ditangkap?
“Meth Killer adalah Inspektor Nazri yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle. Dia memegang watak sebagai seorang polis yang membunuh polis.
“Satu konsep baru yang saya cuba bereksperimen. Jangan lupa tonton Filem Sheriff: Narko Integriti di pawagam 18 April 2024,” jelasnya.

Terima Kasih kepada semua yg sudah menonton trailer filem #Sheriff . Saya memang dah jangka, ramai akan marah kenapa saya reveal Identiti Meth Killer awal2 lagi dalam trailer. Kenapa keseluruhan plot sudah terpampang di dalam trailer? Kelihatan sebegitu tetapi sebenarnya tidak.

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) March 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Disebabkan penjelasan Syafiq itu membuatkan penonton berasa teruja dan tidak sabar menunggu hari Sheriff ditayangkan.

BERITA TRENDING: Teaser Sheriff Baru Keluar, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok - “Letupnya! Polis Tangkap Polis Ni Yang Mantap”

Filem aksi arahan Syafiq Yusof ini menampilkan Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz dan Elizabeth Tan sebagai watak utama.
Sinopsis:
Nazri (Syafiq Kyle) seorang anggota polis merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit (Datuk Aaron Aziz) semakin berleluasa.
Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.
Sementara itu Sheriff (Zul Ariffin) juga seorang anggota polis dihantar untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’.
Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada di dalam jabatan mereka sendiri.
#Astro Shaw #Syafiq Yusof #Syafiq Kyle #Sheriff #Meth Killer