Hiburan
Sheriff, Polis Evo 3, Malbatt: Misi Bakara & Mechamato The Movie Tercalon Di FFM33, Zul Ariffin & Shahiezy Sam Bersaing Dalam Kategori Sama
Filem pecah panggung terbitan Astro Shaw iaitu Sherrif, Polis Evo 3, Malbatt: Misi Bakara dan Mechamato The Movie antara yang tercalon di Festival Filem Malaysia ke- 33.
24 kategori dipertandingkan
Sebanyak 104 penyertaan telah diterima dengan 95 pencalonan layak bertanding, merangkumi 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari.Berikut merupakan 24 kategori yang dipertandingkan:
Filem Terbaik, Rekaan Kostume Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Poster Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Taatarias/ Solekan Terbaik , Lagu Tema Terbaik, Dokumentari terbaik, Filem pendek Terbaik, Penataan Bunyi terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Lelaki Harapan, Pengarah Harapan, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.
Senarai Filem Bertanding:
Sheriff, Mechamato The Movie, Polis Evo 3, Imaginur, Abang Adik, Pagari Bulan, Malbatt: Misi Bakara, Eva, Hungry Ghost Diner, Rain Town, Imam, Duan Nago Botho, The Lord Musang King, Janna Endoro, Syif Malam, Memoir Seorang Guru, Sometime, sometime, Magic, Rahsia, Agrinai, Victim(s).Pelakon Zul Ariffin dan Shaheizy Sam tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan akan bersaing dengan pelakon-pelakon hebat lain seperti Beto Kusyairy, Asrulfaizal, dan Chew Kin Wah.
Selain itu, Nabila Huda turut tercalon dalam Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Rahsia. Dia juga bakal bersaing dengan pelakon wanita yang lain, Nadia Aqilah, Susan Lancaster, Diana Danielle dan Chen Keat Yoke.
Mengangkat tema EMAS iaitu Evolusi Sinema Malaysia, FFM 33 akan bersiara secara langsung pada 7 Disember ini di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.
Must-Watch Video