#Sheriff: Power! Tayangan Awal Pun Dah Raih Lebih RM1 Juta
Mya Amri
18/04/2024 08:05 MYT
18/04/2024 08:05 MYT
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal (‘sneak preview’) pada 17 April di pawagam.
Jumlah itu sekaligus membuatkan Sheriff berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia dan mengetepikan filem antarabangsa.
Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, dan akan memulakan tayangan rasminya pada hari ini(18 April) di panggung wayang seluruh negara.
Pengarah, cerita asal dan lakon layar filem Sheriff, Syafiq Yusof, juga melahirkan rasa syukur atas sambutan yang memberangsangkan pada tayangan awal.
“Ini adalahpermulaan yang baik untuk Sheriff dan kami menjangkakan penonton akan pergi ke pawagam terutamanya pada hujung minggu ini untuk menyaksikan Sheriff.
“Kami mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air.
“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan penonton dalam memberi sokongan padu pada Sheriff,” ujarnya.
Selain Zul Ariffin, Sheriff juga dibintangi oleh Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Jangan lupa temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April.
Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

SINOPSIS:

#Filem
#Elizabeth Tan
#Zul Ariffin
#Astro Shaw
#Syafiq Kyle
#Azira Shafinaz
#Kutipan
#RM1 Juta
#Sheriff