Tidak hanya tertumpu pada watak Sheriff dan Meth Killer, satu lagi karakter dalam filem Sheriff: Narko Integriti berjaya menarik perhatian netizen adalah Firdaus yang dilakonkan oleh Kodi Rasheed.

Walaupun Firdaus tidak dimasukkan dalam trailer Sheriff namun watak tersebut merupakan salah satu pemain penting dalam filem berkenaan.

Ramai puji lakonan hebat Kodi Rasheed


Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut apabila melihat Kodi turut berlakon dalam Sheriff.

Selain memberikan reaksi positif, netizen juga turut memuji lakonan hebat Kodi sehingga memberikan impak kepada mereka yang menonton.

Antara komen yang diberikan adalah:

Baru balik tengok. Memang mantap Pak Abu. Tak tahu ada Kodi Rasheed dalam cerita ni, terkejut kita. Memang superb! 100/10,”

“Weh! I like your acting, sumpah top notch!”

“Memang suka lakonan awak, tiba-tiba ada dalam tu. Saya beritahu kakak ada dia ni mesti best! Yes! Lakonan awak memang sampai terus, sedih masa babak dalam bilik soal siasat,”

“Firdaus ni salah satu watak yang bagi kesan sebab lakonan dia jadi. Mungkin pelakon yang orang kurang kenal tapi lakonan yang patut dipuji,”

BERITA TRENDING: Sheriff: Terus Lakar Kejayaan, Raih RM16.3 Juta Untuk Lima Hari Tayangan! Datuk Yusof Haslam Terharu Dengan Sambutan


Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, dan akan memulakan tayangan rasminya pada 18 April di panggung wayang seluruh negara.

Selain Kodi, Sheriff juga dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Jangan lupa temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April.

SINOPSIS:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.