,
Berita

Sherry & Ezzaty Pakat Tuduh Eina Azman & Mira Filzah Isteri Paling Pemalas? Ini Pengakuan Mereka Dalam The Maid

Syafiqah Jalal
11/01/2021
11:27 MYT
Epsiod satu drama The Maid telah pun bermula dan mendapat sambutan hangat dari penonton pada 6 Januari lalu.
The Maid siri original Gempak itu menampilkan Norman Hakim sebagai suami yang berkahwin empat iaitu pelakon-pelakon seperti Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah dan Mira Filzah.
Selain episod satu, Gempak turut menayangkan video pengakuan suami dan empat isteri itu dalam The Maid.
Dalam video pengakuan tersebut, mereka telah memperkenalkan masing-masing termasuk menceritakan kembali detik-detik perkenalan dengan suami.
Menariknya dalam video pengakuan ini, Mr. Jay dan setiap isteri telah membuat pengakuan siapa isteri paling baik dan siapa pula isteri paling pemalas.
Sebelum anda tonton epsiod seterusnya pada Rabu ini, apa kata layan video pengakuan mereka ini:
Jika anda belum menonton espisod pertama, jangan bimbang kerana masih belum terlambat. Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand dan juga www.gempak.com
Selain pelakon utama, The Maid menampilkan pelakon lain yang memegang watak sebagai pembantu rumah mereka iaitu Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham, dan pelakon baru semakin meningkat naik, Siti Khadijah.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri The Maid setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand dan juga www.gempak.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Laman Utama

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”

gempak
05/12/2023
15:55 MYT
Tahniah Mira!
Laman Utama

Didakwa Tak Boleh Bekerjasama Dengan Mira Filzah, Ini Respon Zizan Razak!

gempak
05/10/2023
08:49 MYT
Macam mana boleh timbul cerita tu?