Hiburan
Sherry Ibrahim Kagum Fasha Sandha Berani Potong Rambut Pendek
Pelakon Sherry Ibrahim kagum dengan aktres Fasha Sandha yang sanggup memotong pendek rambutnya untuk filem terbaru berjudul Badang.
Menerusi foto yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG)nya pada Isnin, Sherry akui penampilan baru itu membuatkan Fasha kelihatan lebih muda dan seksi.
“Bae got new haircut! Looking sharp & sexy, nampak muda remaja! Salute dgn keberanian you which I sendiri tak sanggup hik! Was good to see tadi darling,” tulisnya.
Dalam pada itu, diruangan komen foto berkenaan, ramai pengikut IGnya bersetuju dengan pendapat Sherry.
Mereka juga turut mengatakan Fasha cantik dan comel seperti zaman dewi remajanya.
Dalam pada itu, Fasha dalam satu kenyataan memberitahu dia terpaksa melakukan pengorbanan itu kerana ia babak penting filem Badang.
"Babak ini menunjukkan Tisha yang juga isteri kepada Badang telah dianiaya oleh abangnya Tai dilakonkan oleh Fauzi Nawawi.
"Tisha telah didera dengan kejam oleh abangnya dengan memukul, merentap dan menggunting sebahagian besar rambutnya. Kekejaman itu terserlah apabila perlakuan itu ditonjolkan," katanya.
Teks oleh: Mya Amri