Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sherry Ibrahim Suka Lelaki Bergigi Cantik & Wangi, Netizen Pula Berlumba-Lumba Nak Carikan Jodoh

Ernalisa
22/10/2024 03:55 MYT
“Saya suka lelaki yang mempunyai gigi cantik dan dia mestilah wangi,” jelas pelakon Sherry Ibrahim mengenai antara ciri-ciri lelaki idamannya.

BERITA BERKAITAN: Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

BERITA BERKAITAN: Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

BERITA BERKAITAN: Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

BERITA BERKAITAN: You Know Nothing About Sports: Badan Sherry Alhadad Patah Riuk, Aisha Retno Main-Main Belajar Gimnastik Berirama?

Bagaimanapun, jelas pelakon berusia 41 tahun itu, dia lebih mudah ‘cair’ dan terpaut kepada lelaki yang pandai menjaga dan menyayangi ibu mereka melebihi diri sendiri.

Dia berpandangan bahawa lelaki yang pandai menjaga ibu mereka merupakan lelaki yang ‘limited’ pada masa kini.

“Ciri lelaki atau suami idaman Sherry adalah yang boleh membimbing Sherry ke jalan yang baik, penyabar dan tenang.


“Selain itu, lelaki itu perlu menerima keluarga Sherry dengan baik dan seadanya serta mestilah sedap mata memandang,” kongsinya di laman TikTok pada petang Isnin.

Topik mengenai suami idaman mula diperdebatkan netizen apabila pelakon tersebut dilihat sehingga hari ini masih lagi berseorangan tanpa teman istimewa.

Netizen juga sempat mengusik Sherry untuk mencarikannya jodoh.

Bagaimanapun, Sherry memberitahu bahawa netizen tidak perlu susah-susah membantunya mencari bakal calon.


“Tak payah sibuk-sibuk nak carikan jodoh untuk saya. Saya dah lama single, dah 41 tahun dah pun,” kata Sherry dalam nada gurauan.


Dalam perkongsian petang itu juga, ramai yang mendoakan agar dia menemui pasangan yang didamkan.

Baru-baru ini, pelakon itu turut mendapat perhatian apabila dia menitipkan ucapan kepada Fattah agar pelakon lelaki itu terus kuat dalam menghadapi penceraian.

Untuk rekod, Sherry pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Fattah pada 2014 namun berpisah dua tahun kemudian.

#Sherry #Cantik #Gigi #Suka #Lelaki
;