Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sherry Tak Setuju Norman Hakim Tambah Kuota! Ezzaty Nak Buat Pengumuman?

Syafiqah Jalal
08/02/2021 11:20 MYT
Drama bersiri The Maid semakin mencemaskan apabila pembunuh Elissa yang dilakonkan oleh Mira Filzah masih belum ditemui.

Pun begitu, belum selesai kes pembunuhan Elissa, isteri pertama Jayden, Suhana iaitu yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad naik marah apabila diajukan mengenai kuota suaminya yang tinggal satu.

Suhana menerusi video pengakuan The Maid episod kelima mengaku tidak setuju jika Jayden ada niat untuk berkahwin lagi sedangkan isteri keempatnya baru sahaja meninggal dunia.

Video pengakuan kali ini juga menampilkan Fika isteri ketiga Jayden yang memberitahu mahu membuat pengumuman.

Apakah pengumumannya itu? Saksikan video pengakuan The Maid untuk espiod lima:


The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand
#Kahwin #Sherry Alhadad #Ezzaty Abdullah #Norman Hakim