“She’s Fantastic” - Peminat Tak Sabar Menantikan Duet Nurfatima & Liza Hanim
Azwa Rahman
01/11/2019 11:51 MYT
01/11/2019 11:51 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Nurfatima selesai menjalani latihan vokal bersama pasangan duetnya, Liza Hanim untuk konsert keempat GV2019.
Nurfatima atau nama sebenarnya Nur Fatimah Abdul Wahab, 37 berkongsi sekeping foto bersama pelantun lagu Gelisah Mimpi itu di Instagram (IG) miliknya.
“Had a great practice with @lizahanim79. She’s fantastic,” tulisnya sebagai kapsyen.
Bertemakan Haa Tepuk!, Nurfatima bakal berduet bersama Liza Hanim menerusi lagu Anggapanmu nyanyian asal Ziana Zain.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan sokongan kepada penyanyi yang telah 10 tahun menetap di Canberra, Australia.
Jangan lupa saksikan konsert keempat GV2019 pada hari Ahad ini 3 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.