Hiburan
Shiera Buka Mulut Isu Perceraian Sakinah
Kakak kepada aktres Sharifah Sakinah, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah mendedahkan dia mengetahui berita perceraian Sakinah daripada bekas adik iparnya, Aliff Adha.
Kata wanita yang mesra dengan nama Shiera itu, dia tidak mendengar perkara terbabit dari mulut adiknya namun jauh di sudut hati, dia tahu Sakinah sedang berduka.
"Biasalah, bila bercerai dia sedih. Tu sahaja jawapan dia. Bukan dia nak perkara ini berlaku.
"Saya sendiri pun tak tahu kenapa tapi Aliff ada cakap dia dah tak boleh teruskan. Sakinah pula tak ada beritahu apa-apa.
"Aliff beritahu dia dah cuba sebaik mungkin untuk menjadi suami yang terbaik. Saya suruh dia cari seseorang yang hargai dirinya.
"Sebab Aliff ni seorang lelaki yang baik. Keluarga mereka datang dari kalangan orang berpendidikan.
"Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi sebab Aliff memang paling terbaik. Dia tak ada masalah langsung.
"Sakinah memang dia nakal, tapi banyak juga baik dia. Cuma dia tak fokus.
"Kita kalau nak tumpukan pada keluarga kita kena bina bersama. Mungkin Sakinah tak tahu apa yang dia nak. Saya pun tak faham," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah isteri kepada aktor Ijoy Azhari ini, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal terbabit.
"Saya tak berani cakap saya kenal adik saya macam mana. Kita tak tahu sebab tak duduk bersama.
"Kami dah berbincang bersama keluarga Aliff tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Keputusan ini bukan dua tiga hari punya perbincangan, dah lama.
"Apapun, bila dah berpisah jangan bermusuh. Ada anak jadi kena fikir pasal dia. Itu yang kami pesan," katanya lagi.
Terdahulu, Sakinah mendedahkan dia sudah bercerai dengan Aliff yang juga seorang juruterbang pada Mei lalu.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha.
Must-Watch Video