Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
READ

SHIERA – “Saya Macam Mak Dulu-Dulu Juga, Main Campak-Campak Barang. Tapi Ada Masa, Kena Sporting Juga.”

article-author-avatar
Afiza Kamarulzaman 31/12/2019 | 03:34 MYT
SHIERA – “Saya Macam Mak Dulu-Dulu Juga, Main Campak-Campak Barang. Tapi Ada Masa, Kena Sporting Juga.”

Sharifah Shahirah antara jemputan untuk program Currhat, episod ke empat semalam. Rancangan terbitan Astro Prima ini membincangkan topik yang semakin hangat diperkatakan sekarang ini, Cinta Platonik.

Kalau dulu, ia dipanggil ‘cinta monyet’. Cinta budak-budak! Namun, kini ia agak membimbangkan apabila budak-budak kecil semakin berani bermain cinta secara terang-terangan.

Ditambah dengan pengaruh media sosial yang mencambahkan lagi perasaan ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak yang sememangnya tebal dengan sifat mahu tahu dan ‘rasai’ itu.

Apakah situasi ini boleh dianggap sebagai ‘biasa’ dan tidak perlu dibimbangkan? Bak kata sesetengah orang, sampai masa nanti mereka sedarlah tu. Cinta budak-budak nak serius sampai ke mana?

Atau adakah ya, kita perlu buka mata dan sebaik mungkin atasi gejala ini sebelum ia menjadi lebih rumit dan kanak-kanak ini pergi lebih jauh. Kita tidak tahu apakah yang berada dalam fikiran anak kecil itu walaupun pada mata kasar kita, ia nampak lucu sahaja.

Justeru, Currhat membawakan topik ini agar para ibu bapa lebih berhati-hati dan pantau setiap pergaulan dan rakan-rakan di sekeliling anak-anak kita.

Sharifah Shahirah atau Shiera, seperti yang kita tahu ibu kepada lima orang anak; yang terdiri daripada pelbagai peringat usia, remaja dan kanak-kanak. Cabarannya memang berbeza tapi sama hebatnya. Baik yang si kakak, abang juga adik. Ditambah dengan zaman teknologi hari ini yang membebaskan pergaulan mereka sehingga ke alam maya.

Walaupun Shiera kelihatan agak moden dan bersikap open minded terhadap anak-anak, namun katanya dia masih mengamalkan cara didikan mak dulu-dulu. Apa maksudnya itu?

Sebagai ibu yang punya anak remaja dan masih bersekolah rendah, pernahkah Shiera berdepan dengan dilema anak-anak yang bercinta ketika masih kecil ini?

Ya saya punya anak-anak yang dari usia 22 tahun hingga ke tiga tahun dengan pelbagai kerenah. Ada anak saya yang jenis langsung tak melayan hal cinta ketika usia mudanya.

Yang lelaki tu, ada jugalah saya terlihat di Instagramnya, budak-budak perempuan yang DM mengirimkan pelbagai ayat. Namun, anak lelaki ini kurang sikit mahu melayannya, tak minat dia apabila perempuan hantar sticker Pokemon lah.
Berbeza pula dengan anak perempuan saya si Odah. Terlebih gediknya dan ada sesekali dia cakap, “Ma..my boyfriend here, my boyfriend there...” Wah, bukan main bangga lagi! Namun, saya pantau juga walaupun saya tahu dia masih kecil dan percakapannya itu sekadar main-main.

#Anak #Shiera #Keluarga #Kasih Sayang