Shila Amzah Burnout! - "Saya Tak Tahu Macam Mana Nak Perbetulkan Keadaan"
Gempak
02/11/2023 06:55 MYT
02/11/2023 06:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah berkongsi keadaan emosinya ketika menjawab pertanyaan peminat di Instagram Stories
Menerusi hantaran di akaun Instagram, pelantun lagu Selamanya Cinta itu menyatakan bahawa tekanan tersebut memberi kesan terhadap keputusan yang dibuat berkaitan kariernya.
“Saya sangat burnout, saya tak yakin jika saya buat keputusan yang betul berkaitan karier saya.
“Saya banyak mempersoalkan diri sendiri kebelakangan ini, saya tak tahu bagaimana nak perbetulkan keadaan,” tulis Shila.
Bagaimanapun, punca disebalik keadaan yang dilalui tidak didedahkan oleh penyanyi berusia 33 tahun tersebut.
Sebelum ini, nama Shila Amzah menjadi kontroversi setelah dia difahamkan mempunyai perselisihan faham terhadap ibu dan adik-beradiknya.