Tinggal beberapa hari saja untuk melangkah ke 2023, penyanyi Shila Amzah melahirkan rasa syukur dapat meninggalkan tahun 2022 dengan penurunan berat badan sebanyak 14 kilogram.

Penyanyi lagu Jauh Hati itu mengakui dia berasa gembira dengan pencapaiannya itu biarpun terpaksa lalui pelbagai kesakitan halangan.

“Saya gembira, saya boleh meninggalkan 2022 bersama-sama dengan 14 kilogram yang telah saya turunkan. Saya berjanji pada diri saya untuk menjaga diri dengan lebih baik dan saya berjaya lakukan pada 2022.

“Sepanjang semua kesakitan dan halangan, saya berjaya lakukan. Alhamdulillah, untuk segala kemenangan, walaupun untuk kemenangan kecil juga dikira,” kongsinya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Shila yang berjaya menurunkan berat badannya dan mendoakan penyanyi itu terus kuat untuk tahun baharu.

What doesn’t kill you makes you stronger… bagus untuk awak Shila, tahniah untuk 2022 yang terbaik. Semoga terus beraya di tahun akan datang.

“Alhamdulillah. Awak berjaya! Semoga tahun 2023 menjadi lebih baik dan bermakna. Semoga kita semua lebih baik dari 2022. Paling penting, jaga diri,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Shila mengakui dia pernah terfikir untuk mengambil jalan mudah untuk kurus dengan melalui prosedur memasuki belon dalam perut.

Kurang keyakinan diri disebabkan menjadi mangsa ‘body shaming’, Shila bagaimanapun enggan melalui prosedur itu kerana bimbang ia akan memudaratkan peti suaranya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.