HIBURAN

Shila Amzah Kongsi Foto Bersama Bapa, Luangkan Masa Bersama Cucu

Umirah Halim 17/03/2025 | 04:56 MYT
Penyanyi Shila Amzah tampil berkongsi foto dan video mesra bersama bapanya, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, memaparkan momen bapanya meluangkan masa bersama keluarganya di rumah.

“Bila abah-abah bersatu,” tulisnya menerusi perkongsian gambar keluarganya.

Sementara itu, pelantun lagu Memori Tercipta itu juga berkongsi video memperlihatkan bapanya berinteraksi bersama cucunya, Seth Uwais dan Rhea Akira.

Terdahulu, hubungan penyanyi Shila Amzah dengan Datuk ND Lala dilihat sudah kembali jernih apabila bapanya itu dilihat berada di majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira.

Sebelum ini hubungan Shila dengan ND Lala dingin selepas bapanya itu berkahwin lain dan kemudian menceraikan ibunya, Fauziah Sarman.

#Bapa #Amzah #Shila #ND Lala