Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shila Amzah Kongsi Tips Untuk Kekasih Lebih Muda ‘Pikat’ Hati Ibu - “Ramai Saja Ex Boyfriend Saya Yang Kena Reject Dengan…”

Asyikin Mayudin
31/05/2023 01:50 MYT
Penyanyi Shila Amzah berkongsi soalan daripada netizen yang ingin mengetahui bagaimana cara dia membuatkan ibunya terima tunangnya iaitu pempengaruh Ubai yang usia jauh lebih muda.

Shila menerusi soal jawab di Instastory memberitahu teman lelaki juga perlu memainkan peranan yang penting untuk memikat hati bakal ibu mentua.

“Pujuk la perlahan-lahan, teman lelaki awak pun kena pandai main peranan ‘mengorat’ mummy awak. Saya rasa kena beri jaminan kepada dia yang usia tidak penting dan kalau awak seorang pujuk memang penat,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Shila juga memberitahu ramai bekas kekasihnya sebelum ini tidak mendapat restu daripada ibunya namun menganggap memilih kebahagian itu di tangan sendiri.

“Ramai saja bekas kekasih saya yang kena reject dengan mak saya sebelum ini. Sekarang saja okay sebab

amai je my ex bf yang Kena reject dgn my mom sebelum ni..

“Sekarang saja okay sebab di penghujung hari, kita boleh memilih kebahagiaan kita sendiri dan bertanggungjawab dengan keputusan kita sendiri,” katanya.

Terdahulu, Shila Amzah bersama kekasihnya yang juga pempengaruh, Ubai selamat melangsungkan majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup, pada 26 Mei lalu.

Tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan, Ubai menjelaskan kesihatan ibunya yang baru lepas menjalani kimoterapi menjadi keutamaan mereka.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.


#Shila #Ubai #Shibai #Shila Ubai #Shila tips
;