HIBURAN

Shila Amzah Mohon Netizen Tidak Salah Faham, Jelaskan Hubungan Dengan Ibu Kini Lebih Baik

Amri Hassan 10/08/2025 | 09:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah, tampil memberi penjelasan berhubung salah faham yang timbul selepas perkongsiannya di sebuah podcast baru-baru ini.

Dalam hantaran di Thread, Shila memohon agar orang ramai tidak menafsirkan kenyataannya seolah-olah hubungan dengan ibu, Fauziah Sarman, berada dalam keadaan tidak baik.

“Saya sayang mak saya, please jangan dengar podcast tu seolah-olah hubungan kami tak okay. Sebenarnya kami lebih rapat sekarang walaupun apa pun yang berlaku pada masa lalu,” tulisnya.



Menurut Shila, ibunya berkahwin pada usia muda dan mempunyai empat anak ketika berumur 29 tahun.

Malah, perkongsian yang dibuatnya di podcast berkenaan hanyalah sebagai pengajaran dan bukan untuk memburukkan sesiapa.

"Perkongsian saya hanya sebagai tauladan, tiada manusia yang sempurna. Menjadi ibu bapa bukanlah mudah, please send love to my mom, she needs it as much as I do
Healing wasn't easy for her too,” katanya.

Shila menegaskan bahawa setiap individu berhak mengecapi kebahagiaan, walaupun berdepan cabaran hidup.

“At the end of day semua berhak mengecapi kebahagiaan,” tambahnya, sambil menyeru agar netizen menghentikan spekulasi negatif dan mendoakan kesejahteraan keluarganya.
#Penyanyi #Shila Amzah #Ibu #Podcast #Hubungan #Fauziah Sarman