gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Datuk Seri Aliff Syukri Kongsi Jumlah Kos Perbelanjaan Barang Rumah Cecah RM60,000 - “Rezeki Saya Alhamdulillah”
KELUANG MAN
Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
BERITA
Astro Muncul Juara Kejohanan Badminton Antara Media!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Shila Amzah Teruja Dapat Kenali Budaya Di Kelantan Setiap Kali Hari Perayaan - “Setiap Kali Balik Raya, Mereka Akan Bertanya…”

gempak
Ainun Md Zooki
02/04/2025
01:24 MYT
Sponsor Banner
Shila Amzah Teruja Dapat Kenali Budaya Di Kelantan Setiap Kali Hari Perayaan - “Setiap Kali Balik Raya, Mereka Akan Bertanya…”

Penyanyi, Shila Amzah, berkongsi antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan adalah beraya di sebelah suaminya, Ubai di Kelantan.

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, setiap kali dia pulang ke kampung halaman suaminya di kelantan, mereka sering bertanyakan tentang barang emas yang dipakai oleh dia.

“Setiap kali saya balik raya ke rumah keluarga suami, mereka akan bertanya dan bercakap tentang barang emas yang saya pakai,” katanya kepada Gempak.

Padanya, penyanyi itu sedikit terkejut apabila ditanyakan soalan sebegitu namun, dia berasa teruja kerana dapat mengalami budaya tersebut.

“Saya teruja sebab ini adalah sesuatu yang baru bagi saya. Saya pun baru tahu yang Ubai selalu tanya saya nak beli barang emas baharu atau tidak setiap kali nak raya,” jelasnya.

Meskipun Ubai sering menyarankannya untuk membeli barang kemas baharu setiap kali menjelang musim perayaan, dia biasanya menolak dengan cara yang sopan kerana dia bukan seorang yang gemar memakai barang emas.

Namun, suaminya tetap membelikannya barang kemas sebagai hadiah.

“Tapi selalunya saya akan tolak dengan cara baik sebab saya bukanlah seorang yang suka pakai barang emas. Tapi akhirnya, Ubai juga yang belikan untuk saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Patah Seribu itu sedar pemakaian barang kemas adalah salah satu budaya masyarakat di Kelantan terutama sekali ketika di musim perayaan.

Namun, dia tetap berasa gembira kerana dapat mempelajari dan mengalami sendiri budaya tersebut selepas berkahwin dengan suaminya.

“Sekarang, barulah saya faham. Rupa-rupanya ini memang budaya orang Kelantan. Apa-apa pun, saya seronok dapat belajar sesuatu yang baru,” katanya.

Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#Raya
#Kelantan
#Tradisi
#Seronok
#Ubai
Must-Watch Video