Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shila Amzah & Ubai Enggan Stres Soal Zuriat - “Kita Berdua Kena…”

Asyikin Mayudin
07/09/2023 02:54 MYT
Penyanyi Shila Amzah menerima pertanyaan daripada netizen berhubung soal zuriat di ruang soalan yang dikongsikan di Instastory.

Menerusi perkongsian itu, netizen tersebut ingin mengetahui cara atau ikhtiar yang akan dilakukan Shila sekiranya dalam perancangan untuk mendapatkan cahaya mata.

“Nak tanya kalau Sha rancang nak ada baby perlu ke berurut peranakkan dan strict in diet? Doakan saya dapat baby,” tanya netizen.

Menjawab persoalan itu, isteri kepada pempengaruh Ubai ini memberitahu dia akan berurut sebagai salah satu ikhtiar namun enggan menjadikan soal zuriat sebagai satu tekanan dalam kehidupan bersama suami.

“Urut semua tu kan ikhtiar, Insya-Allah ada rezeki, ada lah. Ubai dan Sha tak nak stress kan diri bab anak ni. Kita berdua kena live happily, sihat mental, fizikal, dan kewangan.

“Semoga awak cepat dapat baby,” kata Shila.

Terdahulu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Sebelum itu, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Untuk info, Shilla pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

BACA SINI: Sebulan Kahwin, Shila Amzah; "Bahagian Paling Saya Suka Adalah ..."

#Shila Amzah #Shila #Ubai #Shila Ubai #Shila anak
;