Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Shila Amzah, Ubai Nikah Dalam Masa Terdekat

Maliah Surip 17/07/2023 | 12:45 MYT
Penyanyi Shila Amzah membayangkan akan bergelar isteri kepada tunangannya, Ubai sekitar awal Ogos ini.
Shila, 33, juga memberitahu masih belum dapat mengumumkan tarikh pernikahan dengan Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, selepas bakal ibu mentuanya, Rohani Jamal, 52, selesai menjalani rawatan radioterapi di hospital.
“Insya-Allah sangat dekat. Tarikh sudah ada. Semua persiapan sedang diuruskan dalam 70 peratus.
“Tapi saya tidak mahu terlalu teruja tentang perkahwinan ini sedangkan ibu Ubai sedang sakit.
“Selepas ibu Ubai keluar hospital baru saya akan umumkan tarikhnya. Ibu Ubai juga mahu berada di majlis perkahwinan kami,” ujar Shila.
Penyanyi lagu Patah Seribu tersebut ditemui media pada majlis sidang akhbar Rockmantik Night Judika and The Gang yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur.
Shila dan Ubai bertunang pada 27 Mei lalu.
Menurut Shila majlis perkahwinan mereka juga akan berjalan dalam suasana intim seperti acara pertunangan sebelum ini.
“Saya lakukan semua persiapan sendiri dan majlis perkahwinan ini juga intim serta sederhana seperti pertunangan kami.”
#Kahwin #Nikah #Shila Amzah #Ubai
;