Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Shima Sudah Tiga Tahun Tidak Bertudung, Ikut Nasihat Doktor - "Saya Bukan Saja-Saja"

Ainun
16/07/2024 07:14 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagi Teringin, Shima mendedahkan dirinya sudah tiga tahun tidak berhijab.

Kata Shima menerusi penerangannya di ruang komen di media sosial, ramai yang tidak tahu mengenai perkembangannya memandangkan jarang didedahkan di media massa.

"Saya sudah lebih tiga tahun tidak bertudung. Mungkin sebab kehidupan saya agak peribadi. Sebab itulah, saya jarang muncul di kaca TV,” ujarnya.

Kongsi Shima, dia sudah mendapat nasihat dari doktor serta berbincang bersama suaminya mengenai keputusan yang dia lakukan.

“Saya telah mendapat nasihat dari doktor. Saya bukan buka tudung ini saja-saja.


"Ramai yang kutuk saya tapi saya abaikan saja. Saya terima seadanya kecaman dari netizen. Bagi saya mereka tidak tahu cerita sebenar saya.

"Terpeluang pada mereka nak cakap apa. Itu antara mereka dengan Tuhan,” kata Shima.

BERITA TRENDING: Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

BERITA TRENDING: "Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

BERITA TRENDING: Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

BERITA TRENDING: Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"


Gempak cuba menghubingi Shima namun penyanyi itu enggan mengulas lanjut sebaliknya mohon rujuk pada kenyataannya terdahulu di media sosial.

#Tudung #Buka #Shima #Penyakit #Kronik