Sudah menjadi adat kehidupan ada suka ada duka, ada gembira ada luka.

Sering sahaja kita melihat gelagat budak nakal Shin Chan dan telatahnya yang sentiasa menghiburkan kita.
Namun adakah anda sedar, bahawa disebalik watak yang dipertontonkan kepada kita di kaca televisyen sebenarnya tersimpan kisah sedih disebaliknya.
Crayon Shin Chan dikatakan sebenarnya berdasarkan kisah benar yang berlaku kepada keluarga Nohara di Bandar Kasukabe, Jepun.

Pada suatu hari ketika Shin Chan sedang bermain dengan adiknya iaitu Himawari, secara tiba-tiba telah berlaku satu kemalangan di mana mereka dirempuh sebuah kereta yang melalui jalan di hadapan rumah mereka.
Ketika itu, Himawari sedang bermain sendirian yang sedikit jauh dari abangnya dan datang sebuah kereta sedang menuju kearah mereka. Shin Chan yang melihat risiko adiknya akan dilanggar, dia terus ke arah Himawari untuk menyelematkannya. Namun kedua-kedua mereka telah terkorban.

Perkara yang paling menyenuh hati ketika pewarna krayon yang disayangi oleh Shin Chan dan Himawari telah dijumpai di dalam kereta kedua ibu bapa mereka, Misae dan Hiroshi.

Selepas tragedi ngeri itu, akibat terlalu merindui dan meratapi pemergian kedua-dua anak mereka, Misae dan Hiroshi telah melukis kembali kenangan bersama mereka berempat dengan menggunakan krayon tersebut sehingga lahirnya sebuah kisah animasi "The Crayon Shin Chan", hasil pelukis manga Jepun bernama Yoshito Usui.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Shan Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy bermula 4 Jun dengan hanya RM15 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.