Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shin Ye Eun Terpilih Jadi Pembuli Dalam The Glory Kerana Senyuman

Maliah Surip
21/01/2023 14:29 MYT
Siri terkini Korea Selatan, The Glory memang sempat menjadi naskhah popular yang ditonton di Netflix.

Diangkat dari kisah benar pelajar dibuli oleh rakan rakan di sekolah, salah satu watak antagonis atau pembuli dimainkan oleh Shin Ye Eun.

Ye Eun membawa watak Park Yeon Jin, pelajar perempuan yang paling menjadi ‘kepala’ pembuli yang sadis.

Sewaktu menjadi tetamu di KBS Cool FM baru-baru ini, Ye Eun menceritakan tentang kejayaannya dapat memainkan watak tersebut.

Aktres muda berusia 25 tahun itu mengatakan dia datang ke sesi audisi kerana sangat meminati pengarahnya, Ahn Gil Do.

“Saya hadir ke sesi audisi kerana sebelum projek ini dilaksanakan, saya memang sydah mengagumi pengarah Ahn Gil Do.

“Jadi sewaktu hadir, saya duduk dan menyapa ‘hello’ kemudian melemparkan senyuman kepada Gil Do.

“Saya senyum kerana berasa hormat telah menjadi tetamu pengarah yang saya kagumi.

“Tapi Gil Do mengatakan ‘saya sukakan senyum itu.’ Saya fikir dia melihat ‘kejahatan’ di sebalik senyuman itu,” ceritanya yang akhirnya terpilih menjadi ‘pembuli’.

Drama The Glory menayangkan 8 episod bahagian pertama mereka pada akhir Disember 2022 lalu. Drama ini selanjutnya bakal menayangkan bahagian kedua pada 10 Mac 2023.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Korea #Netflix #The Glory #Shin Ye Eun
;