Berita
SHINee Teruskan Konsert Walaupun Tanpa Jonghyun
Kumpulan SHINee dilaporkan tetap akan meneruskan konsert siri jelajah mereka pada awal Februari ini walaupun tanpa Jonghyun.
Menurut laporan Allkpop, SHINee akan meneruskan perancangan siri jelajah yang dijadualkan serta mereka bersyukur kerana peminat masih memberi sokongan dan semangat meneruskan perjuangan seni.
"Pada awalnya saya rasa sukar untuk teruskan konsert ini, tapi apabila teringat pesan ibu Jonghyun yang mahu kami berkarya walaupun tanpa anaknya.
"Saya dan ahli kumpulan lain memutuskan untuk melakukan yang terbaik demi mengubat kerinduan peminat kepada Jonghyun.
"Meskipun ini bukan satu tugas yang mudah, tapi kami akan cuba yang terbaik demi peminat dan keluarga Jonghyun," katanya.
Jonghyun disahkan meninggal dunia akibat bunuh diri pada 18 Oktober tahun lalu.
Berita kematiannya itu telah mendapat perhatian peminat di seluruh dunia dan mereka berimpati dengan nasib yang menimpa dirinya.
Sumber: Allkpop
Must-Watch Video