Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Shiro dan Bocey Makin Bagus, Penonton MLM 2018 Berpeluang Menang Motosikal Setiap Minggu

Elrafaei Sapi 21/12/2018 | 04:16 MYT
Kumpulan Shiro dan Bocey antara peserta yang paling menyerlah pada persembahan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu.
Ketua juri, Douglas Lim menyatakan persembahan Bocey cukup menghiburkan apabila menggabungkan elemen masyarakat Melayu, Cina dan India di kampung.
"Begitu juga, Joras juga bagus sebab apa yang betul-betul saya suka adalah penggunaan backdrop dan props serta kostum yang nampak banyak usaha dilakukan.
"Ini juga menunjukkan ada pemikiran di sebaliknya yang mana mereka begitu kreatif dari aspek set up," katanya kepada Astro Gempak.
Tinggal beberapa hari sahaja untuk anda membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 dari TikTok di dalam peraduan #duetmlm2018. Cepat ke aplikasi TikTok dan sertai pelawak kegemaran anda di dalam #duetmlm2018. Peraduan berakhir 23 Disember 2018.
Jangan lupa juga mengundi pelawak 'favorite' anda untuk membawa pulang sebuah motorsikal setiap minggu.
Peminat dan penonton MLM 2018 boleh mengundi melalui aplikasi TikTok, platform video pendek utama di dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store, https://go.onelink.me/BAuo/mlm.
Sebaik sahaja TikTok dimuat turun, semua yang perlu anda lakukan ialah membuat akaun dengan menghubungkan mana-mana media sosial sedia ada kepada TikTok.
Peminat diberi 10 undi setiap hari bermula Sabtu hingga Khamis. Mereka boleh menghabiskan semua 10 undi kepada satu peserta atau menyebarkannya ke seluruh peserta yang mereka suka.
Eksklusif pada Jumaat, 50 undi diberikan dan sekali lagi mereka boleh membelanjakan semuanya kepada satu peserta atau membelanjakannya sebagai harapan mereka.
Pengundian dibuka sepanjang minggu hingga akhir pertunjukan. Namun, keputusan undian adalah tertakluk kepada terma dan syarat, www.maharajalawakmega.com.my.
Peminat dan penonton boleh mengundi peserta kegemaran anda pada setiap hari menerusi TikTok dan berpeluang memenangi sebuah motosikal pada setiap minggu.
Pemenang ini dipilih menerusi mereka yang mengundi pada setiap hari dari Khamis hingga Sabtu sebanyak 10 undian manakala 50 undian pada Jumaat.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
#Bocey #Shiro #MLM 2018