Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shocking! Ini 5 Penipuan Mudah Scammer Perdaya Mangsa Menerusi Telefon

Izwan Isa
20/06/2023 13:20 MYT
Sejak wujudnya sistem mata wang, setiap jual beli untuk mendapatkan barang dapat dijalankan dengan mudah. Namun, disebabkan hal itu, terjadinya juga kes penipuan - baik dalam sekala kecil yang berlaku seharian, mahupun besar.

Tambahan pula, dengan kemudahan internet yang menjadi penghubung komunikasi, kes-kes penipuan atau scam makin kerap terjadi. Mangsa pula terpaksa berputih mata, hilang segala-gala.

Jom semak kes penipuan yang terjadi di Malaysia gara-gara mangsa yang terpedaya dengan helah licik scammer:



Rugi ratusan ribu gara-gara like & share
Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM110,556 selepas diperdayakan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan menerusi aplikasi media sosial. Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 36 tahun itu mendakwa pautan iklan di Telegram pada 30 Mei lepas hanya memerlukan dia membuat tanda suka dan berkongsi video YouTube. Mangsa berkata, dia ditawarkan komisen antara 15 ke 20 peratus bagi melakukan lapan tugasan namun dia perlu membuat bayaran terlebih dahulu bagi mendapatkan pautan ke video terlibat. Tertarik dengan jumlah komisen menyebabkan mangsa mengeluarkan wang simpanan serta meminjam daripada rakan-rakan untuk membayar suspek. Mangsa telah membuat 21 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.



Hilang RM53,700 terpedaya sindeket kerja sambilan
Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM53,700 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian. Menerusi laporan yang dipetik menerusi Astro Awani, mangsa menyertai tawaran kerja sambilan di Facebook pada jam 11 pagi dan telah dijanjikan komisen sebanyak 30 peratus daripada jumlah pembayaran. Bagi tugasan pertama mangsa mendapat pulangan sebanyak RM130, selepas itu, dia telah membuat enam kali transaksi ke dalam dua akaun berbeza. Bagaimanapun, mangsa gagal mendapat pulangan dan bayaran balik serta mensyaki dirinya telah ditipu kerana jumlah bayaran yang diminta semakin besar. Mangsa juga dimaklumkan sekiranya dia berhenti membuat kerja tersebut wangnya akan hangus. Laporan polis dibuat mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Ratusan ribu ringgit duit KWSP lesap
Gara-gara terpedaya dengan penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon dengan dakwaan kononnya dia terlibat dengan jenayah berkaitan pengubahan wang haram, seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta. Menerusi laporan polis yang dibuatnya, pekerja teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta di Bintulu itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali dari Putrajaya yang mendakwa mangsa ada mendaftarkan nombor telefon di Kota Kinabalu, Sabah untuk memfitnah Kementerian Kesihatan. Panggilan berkenaan kemudian disambungkan kepada dua individu kononnya pegawai berpangkat bernama 'Sarjan Wong' dan 'Inspektor Khoo' dari Kota Kinabalu yang mengatakan mangsa terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.

Setelah itu, mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa Bank Negara mahu memeriksa wang mangsa dan mangsa dikehendaki membuka akaun bank baharu atas nama mangsa dan memindahkan wang milik mangsa ke akaun baharu itu bagi tujuan siasatan. Akibat panik, mangsa telah membuka tiga akaun bank yang berbeza di Bintulu serta memindahkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP) dan banknya, masing-masing berjumlah RM881,000 dan RM300,000 ke dalam akaun bank baharu.

Mangsa turut diarahkan oleh suspek kononnya 'lnspektor Khoo' untuk memberikan maklumat akaun bank baharu itu berserta nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian kepada suspek. Mangsa juga dikehendaki untuk mematahkan dan membuang ketiga-tiga kad ATM tersebut. Mangsa hanya menyedari tertipu setelah memberitahu perkara itu kepada suaminya serta menghubungi pihak bank tentang transaksi berkenaan.



Mangsa Telegram
Disebabkan aplikasi Telegram, seorang lelaki terpaksa berputih mata selepas menjadi mangsa kes penipuan dalam talian. Mangsa warga tempatan membuat laporan polis setelah ditipu dalam urusan pelaburan melibatkan kerugian RM53,800. Difahamkan, mangsa berkenalan dengan seorang individu melalui aplikasi Telegram pada Mac lalu namun hanya berkomunikasi pada hujung April 2023. Mangsa berminat dengan pelaburan yang ditawarkan iaitu Bitfine di mana mangsa mula berasa yakin setelah menerima pulangan sebanyak RM543. Hasil siasatan mendapati, mangsa membuat pembayaran lapan kali transaksi secara berperingkat sejak 27 April lalu ke dalam lima akaun bank berbeza. Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Scam parcel
Mangsa selalunya akan menerima panggilan daripada scammer yang memperkenalkan diri dari syarikat penghantaran bungkusan yang kononnya memaklumkan terdapat satu bungkusan yang belum dituntut.Scammer ini kemudiannya akan meminta maklumat peribadi anda seperti info mengenai kad kredit atau debit untuk meneruskan penghantaran. Jika melalui e-mel, mereka dapat memuat turun malware ke dalam komputer mangsa sekiranya mereka menekan pautan yang diberikan mereka. Natijahnya, scammer ini sudah berjaya mengakses maklumat peribadi anda serta kata laluan dan memberikan mereka peluang untuk menggodam akaun perbankan internet anda. Jadi pengajarannya jangan berkongsi sebarang maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, kata laluan dan informasi bank kepada mereka yang tidak dikenali.



Bagaimana untuk mengelakkan penipuan ini terjadi kepada kita? Selain berhati-hati ketika menerima panggilan daripada individu tak dikenali, kita boleh memasang aplikasi Whoscall. Aplikasi ini merupakan aplikasi percuma yang diiktiraf Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membantu mengenalpasti panggilan tidak dikenali.



Menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama PDRM, pengguna Whoscall boleh mendapat pangkalan data ‘Nombor Penipuan’ terkini yang dikongsi oleh portal CCID PDRM. Apabila pengguna menerima panggilan palsu yang disahkan oleh polis, skrin telefon bimbit akan memaparkan notis ‘Scammer (verified by PDRM)’.

Whoscall mempunyai lebih 100 juta muat turun di seluruh dunia, dan mempunyai pangkalan data terbesar di Asia Timur & Tenggara. Fungsi utama Whoscall - Mengenal pasti panggilan yang tidak diketahui, mengenalpasti SMS yang tidak diketahui, penipuan, sekat panggilan, cari nombor dan imbas URL SMS.

Whoscall merupakan rakan strategik Jelajah Antiscam Kebangsaan 2023, kelolaan Cyber Security Malaysia. Aplikasi ini sentiasa ditambah baik dengan keperluan keselamatan maklumat untuk melindungi data pengguna pelanggan kami dan aplikasi ini juga telah diperakui oleh piawaian ISO 27001 dan 27701.

ASP Rahmat Fitri Abdullah dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM dan rakan-rakan Whoscall sempat meluangkan masa bersama penyampai radio Era dan Sinar menerusi #TanyaPro Sinar Solo berkongsi tentang bagaimana semua boleh sama-sama melawan scammer.

Menerusi temu bual, beliau selaku #DutaAntiScam berkata, bukan satu jenis scam sahaja yang ada. Scam paling legend (trend) ialah phone scam, penyamaran LHDN, polis, mahkamah dan logistic.





Klik pautan ini https://whoscall.onelink.me/yz7G/astroarticle untuk memuat turun Whoscall secara percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini siri jelajah seluruh negara, ikuti Facebook dan TikTok rasmi Whoscall.

#PDRM #Scammer #BeSmartStayAlert #taknakscamcall #Whoscall
;