Kumpulan K-Pop terkenal, MONSTA X bakal hadir ke negara ini untuk mengadakan konsert jelajah 2019 MONSTA X World Tour ‘We Are Here’ in Kuala Lumpur pada Jun depan.

Kunjungan kedua mereka ke Malaysia ini dibawakan khas oleh Macpiepro.

MONSTA X yang terdiri daripada anak muda berbakatiaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney dan I.M ini ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015.

Kumpulan ini juga telah melancarkan empat buah album studio penuh, enam EP, satu album kompilasi, satu album video dan 16 single.

Kesemua album MONSTA X diterima baik oleh peminat mereka di seluruh dunia yang digelar sebagai ‘MONBEBE’.

Kumpulan ini melancarkan EP pertama mereka yang berjudul ‘Trespass’ pada Mei 2015 dan berjaya menduduki tangga kelima dalam Carta Gaon Korea.

Sejak itu, MONSTA X telah menembusi carta antarabangsa apabila album studio Korea kedua mereka yang berjudul ‘Take.1 Are You There?' pula menduduki tangga ketujuh dalam Carta Album Dunia Billboard.

Baru-baru ini, MONSTA X bekerjasama dengan produser muzik, Steve Aoki untuk lagu berjudul ‘PLAY IT COOL’ dari album studio Korea ketiga mereka, ‘Take. 2 We Are Here’ yang turut dibantu oleh pemuzik elektro.

Mereka telah memenangi 23 anugerah dalam pelbagai majlis anugerah seperti Anugerah Artis Asia, Anugerah Muzik Seoul, Anugerah Muzik Korea Popular dan lain-lain.

MONSTA X juga telah memenangi tujuh anugerah daripada program muzik seperti ‘The Show’, ‘Show Champion’, ‘M Countdown’ dan ‘Music Bank’.


2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR akan menemui peminatnya dpada 22 Jun 2019 bertempat di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 6 petang.

Tiket konsert dijual pada harga RM273 (Zon Hijau), RM373 (Zon Ungu), RM483 (Zon Kuning), RM573 (Zon Merah), RM593 (Zon MONBEBE) dan RM693 (Zon MONBEBE PakejVIP).

Menariknya, zon MONBEBE Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan MONBEBE berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh MONSTA X.

Manakala bagi yang membeli tiket di portal tiket rasmi kami pada minggu pertama jualan, anda berpeluang memenangi ‘Send-off Pass’ menerusi cabutan bertuah.
Berikut merupakan jadual pembelian tiket:

HITS Deal: 13 -19 April 2019, 10 AM bertempat di kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web rasmi Mcalls.

Jualan Tiket Offline: 20 - 21 April 2019, 12 pm bertempat di kedai gaya hidup digital Mcalls

Jualan Tiket Online: 22 April 2019, 12 pm di Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com & MMspot

Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall,

Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.