,
Laman Utama

Shooting Di Cameron Highlands, Netizen Puji Sinematografi Filem Penunggang Agama 2 Bertaraf Antarabangsa

Azwa Rahman
29/10/2021
07:11 MYT
Filem seram thriller Penunggang Agama 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions kini sudah berada di saluran Astro First bermula 19 Oktober yang lalu.
Jika dibandingkan filem pertama dengan Penunggang Agama 2, sekual kali ini lebih terang dan bersuluh dalam menghuraikan definisi ‘penunggang agama.’
Di laman sosial Twitter, seorang pengguna memberikan pujian terhadap sinematografi filem tersebut yang boleh dianggap sebaris filem antarabangsa.
Menurutnya, dia sempat merakamkan beberapa foto sepanjang menonton filem tersebut yang menjalani penggambarannya di Cameron Highlands.
Some of best cinematic shots I snapped when watching Penunggang Agama 2. Putting on english sub made this movie more 'international”? I dont know what term I used but faham-faham jela,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.
Filem sekuel ini dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin (Amir), Azira Shafinaz (Anna), Tony Eusoff (Father Michael), Salina Saibi (Huda), Johan As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh (Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).
Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.
Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.
Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.
Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.
Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

'Santorini Cameron Highland' Haram Dirobohkan, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

gempak
06/08/2024
07:19 MYT
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) hari ini telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pembinaan haram Cameron Santorini.
Filem

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

gempak
26/06/2024
09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!
Filem

Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

gempak
23/05/2024
08:30 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta sejarahnya apabila menembusi pasaran Indonesia dan dijadualkan tayangannya bermula hari ini, 23 Mei 2024.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
Filem

Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

gempak
19/05/2024
04:30 MYT
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM60.5 juta.