"Shooting Stop, Tak Ada Kerja Tak Ada Gaji!" - Emelda Rosemila Risau Tiada Insentif Dari Kerajaan Untuk Anak Seni

Amri Hassan
Mac 26, 2020 03:45 MYT
Pelakon Emelda Rosemila mewakili suara artis meluahkan kerisauan terhadap nasib anak seni yang bergantung harap pada punca pendapatan tunggal.
Kata Emelda, sebagai manusia biasa yang perlu menyara keluarga, anak seni tidak punyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk digunakan ketika tempoh kecemasan seperti sekarang.
"Okey, MRO extended lagi 14 hari. Alhamdulillah stay positif ya semua.
"Just nak clarify, pelakon dan anak seni dunia hiburan ni macam mana pula pembelaan dia?
"Shooting kena stop, kena tangguh. Tak ada kerja tak ada gaji.
"PM (Perdana Menteri) cakap live kat televisyen jangan risau semua dapat insentif, termasuk penjual nasi lemak.
"Jadi, siapa nak jawab untuk bela pelakon untuk isu ini? Apa-apa berlaku selalu tak dapat pembelaan.
"Penat tau berlakon yang kerja kadang sampai 18 jam sehari," luahnya.
Dalam pada itu, Emelda turut meletakkan harapan agar nasib anak seni terbela.
"Kita pun manusia biasa yang perlu jana ekonomi untuk keluarga , komitmen.
"Saat getir seperti ini, apa insentif kerajaan untuk bantu pelakon seperti saya dan lain-lain.
"Harap kerajaan tak lupa. Almost 20 years dah berlakon, KWSP pun tak ada nak keluarkan duit emergency. Tolong ambil kisah suara kecil saya ini.
"Tulisan ini bukan hanya merujuk kepada tempoh lockdown, tapi kepada kenyataan penganalisa ekonomi negara dan dunia yang berpendapat kita akan melalui krisis ekonomi global yang lebih teruk dari sebelum ini 1997/ 1998.
"Jadi, jangan dilupakan golongan anak seni yang turut juga akan terkesan dan akan mengharap kepada insentif kerajaan satu hari nanti," tambahnya.
Suara Emelda itu turut disokong oleh beberapa artis lain antaranya Datuk Fizz Fairuz, Amyza Aznan, Erry Putra, Yuka Kharisma dan ramai lagi.
Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Emelda Rosemila #Lockdown #Insentif Kerajaan