Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shopping Raya Bersama & Siap Bersalaman, Netizen Usik Kemesraan Adira & Datuk Red - “Macam Ada Chance Je Ni Datuk”

Umirah Halim
08/04/2024 05:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan usahawan Datuk Red dan penyanyi Adira Suhaimi membeli belah untuk persiapan raya baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.

Datuk Red & Adira bersalaman

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik Datuk Seri Adnan atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk Red, dapat dilihat pasangan itu mesra bersalam-salaman sambil menggayakan baju raya daripada jenama tekstil popular, Jakel.

undefined
“Empat hari lagi nak raya ni. Saya dengan Adira ke Jakel untuk cari baju raya untuk kami sekeluarga dan keluarga saya yg lain juga.

“Memang pening nak cari sebab banyak sangat dan harga murah-murah,” tulis Datuk Red di hantaran tersebut.

Netizen suka tengok

Sementara itu, kemesraan yang dipaparkan pasangan itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ada yang mendoakan perhubungan mereka dan ada juga yang sempat bergurau dan mengusik Datuk Red dan Adira.

“Dah boleh salam tu Datuk, bereh lah tu.

“Aku pun sengih kat sini Abang Red, ini kira tak jadi cerai la ek. Moga korang berkekalan, amin.

“Macam ada chance je ni dato.

“Bersemut woi, happynya tengok video ni!! Semoga bahagia hingga Jannah.

“Ya Allah dah berbaik ke, suke ya tengok. Tahniah Datuk. Datuk dah bukti kan dengan kerja keras dato. Semoga kekal ke jannah. amin,” komen beberapa netizen.

Datuk Red minta job

Sebelum ini, kecoh apabila suami kepada penyanyi itu memuatnaik sebuah video yang menunjukkan bahawa dia kini dalam usaha untuk mencari pekerjaan dan meminta bantuan mana-mana pihak sekiranya sudi membantu.

Malah menerusi ruang komen, Datuk Red memberitahu tujuan dia mencari pekerjaan disebabkan mahu mendapatkan wang bagi menyara keluarga dan melunaskan hutang.

Hantaran itu telah meraih banyak perhatian dan ramai yang telah menawarkan ‘job’ kepada Datuk Red termasuk Jakel, Pak Mat Western dan ramai lagi.

Untuk rekod, terdahulu Laporan Jawatankuasa Pendamai (KP) membabitkan Adira dan suaminya Datuk Red gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai berhubung proses perceraian mereka.

Pada prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anaaun. 5 dan Avob vana kini berusia dua tahun.

Berita Trending: “Misi Mencari Rezeki Halal Demi Anak & Bayar Hutang” - Akaun Tiktok Datuk Red Jadi Perhatian Netizen

Berita Trending: Datuk Red Yakin Masih Ada Sinar Dalam Rumah Tangga - “Saya Cuba Untuk Memujuk Dia Sebab…”

#cerai #Adira #Netizen #Datuk #Rujuk #Usik #Red #Minta Job
;