gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mimi Lana Sedia Bergelar Ibu, Serah Pada Rezeki - “Syafiq Kyle Setiap Hari Cakap Fasal Nama Anak“
HIBURAN
Jangan Main-Main! PU Syed Ulas Isu Cerai Siti Jamumall & Aiman - “Kalau Dicampurkan Talak Sebelum Ini Dengan…”
HIBURAN
Showcase Malam Mendengar Bersama Nadin Amizah Tampilkan Orkestra Penuh Emosi - “Memang Impikan Untuk Buat Persembahan Yang Orang Boleh Dengar Sambil Baring”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Showcase Malam Mendengar Bersama Nadin Amizah Tampilkan Orkestra Penuh Emosi - “Memang Impikan Untuk Buat Persembahan Yang Orang Boleh Dengar Sambil Baring”

gempak
Mya Amri
16/05/2025
06:58 MYT
Sponsor Banner
Showcase Malam Mendengar Bersama Nadin Amizah Tampilkan Orkestra Penuh Emosi - “Memang Impikan Untuk Buat Persembahan Yang Orang Boleh Dengar Sambil Baring”
Penyanyi dan penulis lagu terkenal dari Indonesia, Nadin Amizah, sekali lagi mencuri perhatian peminat di Malaysia menerusi persembahan eksklusif Malam Mendengar yang bakal berlangsung hari ini.

Orkestra penuh

Menurut Nadin, dia berasa teruja dan gementar walaupun ini merupakan kali kedua membuat persembahan untuk peminat di Malaysia.
"Saya sangat gementar. Setiap kali kembali ke Malaysia, rasanya seperti membawa sesuatu yang besar.
“Tahun lepas saya hadir dengan konsert Selamat Ulang Tahun juga di sini. Kali ini, Malam Mendengar bersama Renjana Idea kembali ke tempat yang sama,” ujarnya.
Nadin berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Showcase Malam Mendengar Nadin Amizah yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Khamis.
Jelas Nadin lagi, untuk persembahan Malam Mendengar kali ini bakal memberikan kelainan yang cukup istimewa apabila buat julung kalinya dipersembahankan secara orkestra penuh.

"Ini pertama kali saya membawakan persembahan dengan orkestra. Saya datang bersama 40 pemuzik orkestra dari Jakarta. “Saya amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana merealisasikan hasrat besar ini. Walaupun di Jakarta saya pernah buat sekali, tapi di sini, ini pengalaman pertama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nadin juga turut berkongsi bahawa persembahan ini adalah hasil kerjasama erat bersama Lasta Pratom selaku pengarah muzik, yang mencipta susunan lagu terbaik sepanjang kariernya.
"Saya membuat gubahan muzik sendiri untuk persembahan ini dan saya rasa ini antara diskografi gubahan terbaik saya.
“Setiap susunan muzik ini menggambarkan sisi lembut, indah dan menenangkan yang saya ingin kongsi dengan peminat," katanya.
Meskipun format asal di Jakarta membolehkan penonton berbaring sambil menikmati persembahan, Nadin menegaskan bahawa orkestra yang dibawanya mampu membuai emosi dan mencipta pengalaman yang serupa dalam suasana duduk.
"Saya memang impikan untuk buat persembahan yang orang boleh dengar sambil baring. Walaupun susah nak laksanakan di sini, saya pilih untuk sampaikan rasa itu melalui muzik orkestra, tapi yang lembut dan mendalam," ulasnya.
Persembahan yang bakal berlangsung pada Jumaat ini akan menampilkan lebih daripada 10 lagu, yang dibawakan dalam versi Malam Mendengar di Jakarta sebelum ini.
Dengan turut dibantu lebih daripada 20 pemuzik di atas pentas, persembahan esok turut menandakan penampilan pertama Nadin dengan penampilan berambut perang dan senarai lagu yang lebih matang serta berani.
"Saya sangat teruja kerana kali ini saya bawa banyak lagu dari album Untuk Dunia Cinta dan Kotornya. Dulu saya rasa belum berani untuk persembahkan semua itu, tapi sekarang saya percaya penonton Malaysia sudah bersedia.
“Tanpa Renjana Idea, persembahan ini tidak akan jadi kenyataan. Terima kasih dari lubuk hati saya,” katanya.
Showcase Malam Mendengar bersama Nadin Amizah bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat, 16 Mei 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur, hasil penganjuran Rencana Idea.
Topic Berkaitan
#Showcase
#Nadin Amizah
#Zepp KL
Must-Watch Video