Kalau masih ingat, tahun 2020 penyanyi penyanyi playback tersohor Bollywood, Shreya Ghoshal pernah mencuri peminat di Malaysia apabila tampil mendendangkan lagu Cindai (nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza) ketika konsertnya di Plenary Hall, KLCC ketika itu.

Berita baik apabila Ghoshal dijadualkan bakal kembali ke lokasi sama pada 10 Disember hadapan, untuk bertemu balik dengan peminat-peminatnya di sini.

Serentak dengan pengumuman konsert Shreya Ghoshal Live In KL 2022, ramai yang menyatakan hasrat untuk melihatnya kembali mendendangkan lagu Cindai namun berduet dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza nanti.

"Dah lama saya berharap dapat mendengar Shreya Ghosal menyanyikan lagu berbahasa Melayu! Betul seperti yang dikatakan, kebolehan Shreya menyanyikan lagu yang bukan bahasa ibunda nya memang tak dapat dinafikan lagi," tulis Roy.

"Siti Nurhaliza and Shreya Ghoshal 2 phenomenal and biggest singers in Asia," tambah Hakim Nazir.

"She's singing our Malaysia No.1 singer, Dato' Sri Siti Nurhaliza song! Please make a duet song with Siti," saran Safuan Zakuan.

Jom imbas balik persembahan memukau Shreya Ghoshal mendendangkan lagu Cindai sekitar tahun 2020 lalu.



Shreya Ghoshal, penyanyi terkenal berusia 38 tahun itu telah merakamkan lagu-lagu untuk runut bunyi dan album dalam pelbagai bahasa India dan menjadikan dirinya sebagai penyanyi playback utama di industri filem India.

Tercalon 494 kali, 150 anugerah!

Sepanjang kerjayanya, beliau telah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi 150 anugerah, termasuk empat National Film Awards, empat Kerala State Film Awards, dua Tamil Nadu State Film Awards, tujuh Filmfare Awards - termasuk enam Penyanyi Playback Wanita Terbaik - dan sepuluh Filmfare Awards South.

Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik.

Selain nyanyian playback, beliau muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serbaboleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.

Pada bulan April 2013, beliau mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat yang terpilih di United Kingdom.

Beliau juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.

Shreya Ghoshal ramai peminat di Malaysia

Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, selain memberikan hiburan dan konsert dari artis tempatan dan Indonesia, pihaknya memang berhajat untuk membawakan konsert- konsert Bollywood di Kuala Lumpur khususnya.

"Kita tahu bahawa di Malaysia memang ramai para peminat Bollywood. Mereka bukan sahaja meminati filem-filem tetapi juga menghafal setiap lagu yang ditampilkan dalam filem-filem kegemaran mereka.

"Jadi, Shiraz Projects ingin meraikan momen ini dengan membawakan Shreya Goshal, penyanyi yang memang dikenali dengan suara lemak merdunya dan sering tampil menyanyikan lagu- lagu runut bunyi terkenal Bollywood," ujar Shiraz.



Tiket-tiket dijual dengan harga RM 1500 (VIP), RM600 (Diamond), RM500 (Platinum), RM300 (Gold) dan RM200 (Silver). Peminat boleh menghubungi talian +603 86050196/ +601 22560082 untuk pertanyaan tentang tiket.

Tiket-tiket konsert akan mulai jual pada 20 Oktober 2022, jam 2 petang melalui www.myticket.asia.

KONSERT SHREYA GOSHAL LIVE IN KUALA LUMPUR merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.