Laman Utama

Shuhada Tak Nak Berkawan Dengan Hafidz Roshdi - “Kawan Baik Tu Tak Mungkin…”

gempak
Syafiqah Jalal
27/07/2023
05:03 MYT
Sponsor Banner
Shuhada Tak Nak Berkawan Dengan Hafidz Roshdi - “Kawan Baik Tu Tak Mungkin…”

Bekas isteri Hafidz Roshdi, Shuhada Mat Shukri mengakui tidak akan berkawan baik dengan pelakon itu selepas mereka disahkan bercerai pada tadi.

Kata Shuhada, 29, dia hanya akan berurusan dengan Hafidz jika perkara tersebut melibatkan anak-anak.
"Kawan baik tu tak mungkin tetapi untuk urusan bapa pada anak-anak insya-Allah kami boleh berhubung," jawabnya ringkas.
Shuhada berkata demikian sejurus selesai proses pengesahan lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis.
Dalam masa sama, Shuhada berkata dia tidak akan menyembunyikan berita perceraiannya daripada anak-anaknya.
“Saya memang tidak sorok apa-apa dengan anak-anak, mereka tahu yang saya dan Hafidz akan bercerai. Umairah kalau cerita dengan orang lain pun perkara yang sama.
“Saya kata tidak apa, Allah dah tetapkan sebegitu jalan ceritanya. Allah akan gantikan dengan lebih lagi kegembiraan yang hebat," ujarnya.
Sementara itu, Shuhada juga sempat memberi pesanan khas kepada 'penyondol' atau sesiapa yang mempunyai niat untuk merampas kebahagiaan dari wanita lain.
Katanya hanya Allah yang mampu membolak balikkan hati manusia untuk sayangkan seseorang.
"Saya nak bagi kata semangat dekat wanita lain yang mungkin hadapi masalah yang sama dengan saya sekarang ini atau tengah lalui ujian Allah sabar...Saya tahu pedih sangat tapi ingat Allah Maha Baik, tuhan tak akan beri beban dekat orang lebih dari kemampuan kita kan.
"Allah baik...kita kejar cinta Allah nanti Allah akan gantikan yang indah. Semua wanita kena kuat untuk diri dan anak-anak juga.
"Kepada sesiapa yang bercita-cita nak bina bahagia atas penderitaan orang lain tu yang konon saling mencintai lah...nak berjuang untuk cinta mereka atau sebagainya ...Bagi Shu takutlah dengan Allah.
"Kita tahukan Allah mampu membolak balik kan hati kan...Semua hak Allah. Jadi doakanlah saya baik-baik selepas ini," ujarnya.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024