Hiburan

Shuib Buat Kejutan, Hadiahkan Cincin Berlian Kepada Siti Sarah

gempak
Syafiqah Jalal
27/02/2017
02:46 MYT
Sponsor Banner
Shuib Buat Kejutan, Hadiahkan Cincin Berlian Kepada Siti Sarah
Pelawak Shuib Sepahtu akui gembira apabila kejutannnya kepada Siti Sarah di hari persandingan mereka menjadi.
Shuib telah menghadiahkan isterinya sebentuk cincin berlian pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang berlangsung semalam (Ahad).
Shuib berkata, cincin tersebut sangat istimewa baginya dan sebagai tanda satu lembaran baru buat mereka.
"Saya gembira kerana Siti Sarah benar-benar terkejut apabila saya persembahkan sebentuk cincin untuknya pada malam ini.
"Saya beli cincin ini tanpa pengetahuannya dan dia tidak tahu yang saya akan menyarungkannya cincin pada malam ini. Saya suka cincin ini kerana saya yang memilih batu serta segala rekaan yang saya mahu.
"Saya hadiahkan cincin ni supaya Sarah tak pakai cincin yang lama, biarlah dia pakai cincin yang baru ini sebagai tanda satu lebaran baru buat kami.
"Ala, roti pun ada expired, apa salahnya saya tukarkan cincin yang lama tu," katanya kepada Astro Gempak.
Pasangan ini diraikan dalam satu majlis persandingan sempena ulang tahun perkahwinan ke enam mereka yang berlangsung di Bora Ombak, Marina Putrajaya malam semalam.
Sementara itu, Siti Sarah yang tidak henti mengalirkan air mata sepanjang majlis itu berlangsung memberitahu tiada kata yang dapat diungkapkan apabila melihat majlis mereka itu berjalan seperti yang dirancang.
"Alhamdulilah kami akhirnya lega kerana sejak petang tadi kami masing-masing sangat gementar memikirkan apa yang akan berlaku di majlis kami.
"Saya terharu dan sangat sedih tak tahu macam mana hendak saya gambarkan perasaan saya bila berada di dalam majlis ini, mungkin kerana memikirkan apa yang telah kami lalui, susah senang bersama hingga ke hari ini
"Apa-apa pun saya gembira kerana tetamu yang kami undang hadir dan dapat sama-sama meraikan majlis kami," katanya.
Majlis resepsi yang meriah dan cukup romantis itu telah dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan artis dan sahabat handai mereka.
Shuib dan Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak yang mana masing-masing berusia 6 tahun, 3 tahun dan 10 bulan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live