Majlis perkahwinan Shuib dan Watie berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu dan juga rakan -rakan selebriti.

Segalanya kelihatan indah termasuklah dari segi busana, pelamin dan juga dekorasi pelamin perkahwinan mereka.

Bagaimanapun terdapat sedikit kecacatan pada majlis tersebut apabila ‘welcome board’ yang tertera nama Shuib telah disalah eja menjadi ‘Syuib’.

Menjelaskan perkara itu, perancang perkahwinan Shuib dan Watie iaitu Pogy Manan mengakui pihak mereka terlepas pandang tentang papan tersebut.

“Kita agak terlepas pandang tentang perkara itu sebab sebelum majlis bermula terdapat majlis lain di bahagian luar.

“Jadi set up bahagian luar untuk majlis ini berlaku di saat-saat akhir. Saya pun agak terlepas pandang tentang perkara itu dan bila kita dah perasan, benda itu pun sudah berlaku,” jelasnya kepada Gempak.


Tidak cepat melatah atau panik, pihak perancang perkahwinan atau ‘wedding planner’ Shuib telah melakukan pengendalian situasi (damage control) dengan pantas sebelum lebih ramai tetamu sampai.

“Sebab banyak pihak yang terlibat jadi kadang-kadang ada benda yang kita terlepas pandang.

“Orang kata bendanya kecil sahaja tetapi impaknya besar. Sebab untuk orang yang datang benda pertama mereka nampak adalah papan itu.

“Yang lain alhamdulillah semua okay. Kita terus buat damage control dan buang board itu, maksudnya keluarkan daripada dewan,” ujarnya.

Majlis perkahwinan Shuib dan Watie yang berlangsung pada Jumaat berjalan dengan lancar dan rata-rata tetamu memuji pelamin dan juga majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabra Momen 'Blackout', Air Mata Sebak Watie & Bapa Arwah Siti Sarah, Ini 10 Kisah Menarik Majlis Kahwin Shuib-Watie

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri

Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.

Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Saksikan Walimatul Urus Shuib dan Watie setiap Sabtu jam 9 malam mulai 24 Jun 2023.