Hiburan
Shuib Menangis Talita Datang Haid Di Usia 11 Tahun - “Anak Perempuan Daddy Dah Jadi Anak Dara”
Video memperlihatkan pelawak Shuib mengalirkan air mata apabila anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra memaklumkan sudah akil baligh selepas datang haid mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
BERITA TRENDING: Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie - “Tak Sangka Tiba-Tiba Ada Rasa Cemburu”
Menerusi perkongsian di laman sosial, Shuib berkata dia mahu menjadikan peristiwa sebagai kenangan buat selama-lamanya dan mendoakan agar Talita membesar menjadi seorang wanita yang solehah.
"Cerita 21 Mac 2024, sebelum berbuka puasa tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy (panggilan Shuib) dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.
"Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat," tulis Shuib.
Menerusi video tersebut, Talita yang dipangku sambil memeluk bapanya juga dilihat tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.
BERITA TRENDING: “Sebagai Seorang Umat Islam, Saya Terkesan” - Shuib Ulas Isu Stoking Kalimah Allah
Dalam pada itu, Shuib turut bertanya kepada pengikutnya adakah normal seorang bapa menangis apabila anak perempuan mereka sudah masuk ke alam dewasa.
"Aku je ke bapa yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke korang yang bapa-bapa pun sama akan menangis?," soalnya.
Rata-rata netizen turut berasa sebak dan ada juga yang menangis melihat momen bapa dan anak itu.
Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Shuib kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama wanita bernama Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
@shuibsepahtu Cerita harini 21 March 2024,sebelum berbuka tadi. Satu2 nya anak perempuan daddy dah masok ke alam dewasa.Dah jadi anak dara.Harini akan kita kenang smpi bila2 Talita.Semoga menjadi Wanita solehah,wanita hebat dunia akhirat.Aku je ke bapak yg sedih bila anak perempuan nya dah melangkah alam dewasa? Ke korang yg bapak2 pon sama akan nangis ? . . #DzakiraTalitaZahra ♬ original sound - Shuib Sepahtu
Must-Watch Video