Laman Utama

Shuib Mohon Jangan 'Kenenkan' Dirinya Dengan Rakan Artis - “Belum Masanya Lagi”

gempak
Izwan Isa
28/06/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Shuib Mohon Jangan 'Kenenkan' Dirinya Dengan Rakan Artis - “Belum Masanya Lagi”
Pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu sedar ada segelintir netizen yang cuba ‘menjodohkan’ dia dan rakan artis Zara Zya selepas sepotong video mereka di Instagram viral baru-baru ini.
Sungguhpun begitu, Shuib menjelaskan yang agak tidak molek untuk berbicara tentang perkara tersebut memandangkan belum setahun arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin meninggalkan dia sekeluarga.
“Zara Zya, manis orangnya. Itu sahaja yang boleh saya ulas mengenai dirinya. Tiada apa lagi yang boleh dikongsikan pada waktu ini.
“Saya sedar yang netizen dan orang ramai nak ‘kenenkan’ saya dengan rakan industri dan sebagainya. Namun, apa yang boleh saya katakan belum masanya lagi.
“Bagi saya, seperti tidak manis untuk asyik berbicara mengenai perkara ini memandangkan arwah isteri meninggal dunia belum setahun lagi,” katanya ringkas.
Terdahulu, netizen khususnya pengikut Shuib seakan-akan merestui jika Shuib dan Zara bertemu jodoh pada masa akan datang.
Selain itu, Zara Zya juga dilihat ada memuat naik tangkap layar artikel yang menunjukkan bahawa netizen suka melihat aksi mereka berdua di laman sosial.
Terdahulu, Sarah melahirkan cahaya mata keempatnya menerusi pembedahan pada 6 Ogos tahun lalu dan diberi nama Ayash Affan.
Sarah disahkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 9 Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live