Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Shuib Muncul Di Sepahtu Reunion Live 2021, Netizen Luah Rasa Sedih - “Jep & Rahim Muka Tahan Sebak..”

Azwa Rahman
26/11/2021 05:40 MYT
Kemunculan Shuib di episod akhir program komedi Sepahtu Reunion Live 2021 pada malam tadi mengundang rasa sebak wargamaya. 

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi beberapa keping foto bersama anggota Sepahtu Jep, Rahim dan Pak Ya untuk tatapan umum. 

Tidak hanya Shuib, Jep atau nama lengkapnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 36, turut sama memuat naik foto yang sama di laman Instagram miliknya. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)


Dengan judul ‘Mencari Sepatu Yang Hilang’, sedutan babak kemunculan Shuib turut tular di platform TikTok di mana rata-rata wargamaya mahukan suami kepada Allahyarham Siti Sarah itu kembali bersama kumpulan lawak terbabit. 

Menerusi perkongsian berdurasi kurang satu minit itu, menunjukkan Shuib membuat kemunculan dengan keluar daripada lif sehingga membuatkan Jep, Pak Ya tergamam dan Rahim bangun kegembiraan. 

Sekadar info, bintang-bintang utama Sepahtu Reunion Live tidak mengetahui siapakah pelakon jemputan dan cameo yang akan diundang untuk setiap episod sehinggalah mereka muncul sewaktu siaran langsung. 

Selain Shuib, antara selebriti lain yang diundang sebagai pelakon jemputan adalah penyanyi Wany Hasrita, Khai Bahar dan pelawak Ebby Yus. 

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya sebak sehingga mengalirkan air mata melihat kemunculan Shuib bersempena episod terakhir musim ini. 

Malah, reaksi Jep, Pak Ya dan Rahim sewaktu pertama kali melihat Shuib muncul di pentas utama juga membuatkan mereka tidak dapat menahan sedih. 

@shah hilmi29:Rahim dengan Jep muka tahan sebak tengok Shuib masuk”

@berteha-teha:Pehal aku sedih bila tengok dia masuk..  Tapi sekurang-kurangnya dia boleh lupa sikit masalah dia”

@nik Kay:Tengok tadi.. sebak jugak masa dia masuk..semua penonton berdiri tepuk tangan.. teringat Siti Sarah.. Moga Shuib kuat”

@KIDNA:Saya tiba-tiba sedih tengok Shuib.. Teringat setiap kali rancangan Sepahtu mesti arwah ada di situ”

@airudin addin:Dah lama wei tunggu Shuib.. Dia ni melawak sempoi, santai-santai je.. Rindu gila nak tengok Shuib atas pentas”

@_fikashafika:Shuib keluar sebak meremang guys!!!”

@Aishh:Aku nak nangis doh tahan air mata dia keluar aku yang sebak, part dia start bercakap je teringat lawak-lawak dia sebelum ni”

Pada Januari 2021, Shuib membuat pengumuman mengundurkan diri daripada dunia seni kerana ingin berehat dan menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan. 

Kredit foto: Instagram @zonlawak
#Jep Sepahtu #Sepahtu Reunion Live 2021 #Shuib Sepahtu Reunion Live 2021