Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Shuib Nekad Tuntut Keadilan Untuk Pekerja Dilanggar Lari

Fiza Kamarudin
21/06/2021 10:13 MYT
Pelakon, pelawak dan usahawan, Shuib nekad untuk menuntut keadilan buat pekerjanya yang terlibat dalam kemalangan langgar lari, Sabtu lalu.

Shuib menerusi rakaman video bersama mangsa dikenali sebagai Muhammad Afiq Mohd Fauzi nekad untuk mengambil tindakan terhadap pemandu tidak bertanggungjawab yang terlibat.

Menerusi rakaman bersama Muhammad Afiq, Shuib berkata pemandu kereta jenis MyVi berwarna hijau masih belum ditemui.

“Insya-Allah Afiq, dengan nombor pendaftaran kereta yang telah diserahkan kepada pihak polis kita harap tak lama lagi pelaku akan ditangkap.

“Semoga dipermudahkan urusan awak dan urusan kita semua,” kata Shuib yang prihatin terhadap nasib pekerjanya itu.

[[BACA: "Patah Dua Tangan, Peha, Pipi Koyak..." - Staff Kena Langgar Lari Shuib & Sarah Cari MyVi Hijau!]]

Tambah Shuib tindakan susulan akan dilakukan selepas ini dengan menggunakan khidmat peguam syarikat.

“Saya hanya mahu keadilan buat Muhammad Afiq dan pelaku mestilah bertanggungjawab. Buat masa ini kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Setakat ini kata Shuib, pihak syarikat sedang menguruskan sumbangan buat Muhammad Afiq.

Cuti sakit selama enam bulan juga telah diberikan kepada Muhammad Afiq dan mengalu-alukan dia kembali bekerja dengan mereka semula.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Muhammad Afiq patah dua tangan dan mengalami luka parah pada bahagian pipi dan hidung.

Muhammad Afiq merupakan kakitangan syarikat perniagaan minuman Bubblebee di cawangan Muar.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

#. #Shuib #Langgar Lari #Polis #Ambil Tindakan #Bubblebee Malaysia #Pekerja Dilanggar Lari