Hiburan
Shuib Sepahtu Mohon Peminat Tak Terpedaya Dengan Skim Pelaburan Palsu
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu memohon semua pihak agar tidak terpedaya dengan skim pelaburan palsu yang menggunakan foto dirinya.
Shuib mendedahkan perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya.
"SCAM! Tolong jangan terpedaya! Jangan kerja nak membohong je boleh? Tolong take note ye semua... Saya tak terlibat dengan mana-mana skim pelaburan," tulis Shuib.
Shuib turut meletakkan dua hashtag iaitu #scammer #DahLaNiKeretaPinjam.
Rata-rata peminat dan pengikut Instagram Shuib turut mengeji perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
"Jahatnya manusia ni. Ambil kesempatan dan pergunakan Shuib untuk kepentingan diri sendiri," tulis seorang pengguna internet bernama @sofeahani2015.
Ada juga peminat yang menasihati Shuib agar membuat laporan polis terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
"Report polis lah bang... Esok ada orang yang terkena tak pasal-pasal depa cari hang.. Hang pulak dipersalahkan," kata seorang netizen bernama @azreenwardah_.